RUPANYA NABI MUHAMMAD ADALAH NABI TERAKHIR YANG DITUNGGUTUNGGU PENGANUT AGAMA HINDU



Nabi Muhammad adalah Nabi yang ditunggu penganut Hindu? Kenyataan itu pasti mengejutkan bagi kebanyakan umat Islam mahupun penganut Hindu sendiri, malah mungkin bagi penganut agama lain selain dari dua agama itu. Kenapa tidak, syariat dari dua agama itu sangat jauh berbeza. Mungkinkah Nabi Muhammad adalah Nabi dari kedua agama itu?

Ikuti penjelasannya yang kami kongsikan menerusi myquickinfo bagaimana #Rasulullah S.A.W dikatakan merupakan Nabi terakhir yang dinantikan penganut Agama #Hindu.

Jika dikatakan bahawa Nabi Muhammad adalah juga nabi dari penganut Yahudi & penganut Kristian, mungkin banyak dari kalangan penganut Islam akan setuju, mengingat dalam Al-Quran memang terdapat ayat-ayat yang menyatakan jika kedatangan Nabi Muhammad sebenarnya sudah diberitakan dalam kitab-kitab suci pendahulunya, seperti #Taurat & Injil.


Lima kitab awal dari kitab Perjanjian Lama Kristian adalah apa yang oleh umat Yahudi diakui sebagai #Torah/Taurat/Pentatouch, iaitu kitab-kitab Kejadian, Keluaran, Imamat, Bilangan, dan Ulangan#.

Sedangkan 4 kitab awal dari kitab Perjanjian Baru Kristian diakui oleh umat Kristian sebagai kitab Injil, iaitu kitab-kitab Matius, Markus, Lukas, dan Yohanes. Sekalipun umat Islam menyatakan bahawa Taurat & Injil yang diturunkan pada nabi Musa & Nabi Isa adalah bukan yang diakui oleh umat Yahudi & Kristian sekarang, atau setidaknya sudah berubah/diubah dari aslinya, banyak para pakar ilmu Kristologi yang menyatakan kalau dalam Taurat & Injil yang diakui umat Yahudi & Kristian sekarang inipun masih terdapat sisa-sisa ramalan kedatangan Nabi Muhammad (sebenarnya sangat menarik untuk menampilkan argumentasi pembuktiannya, tapi hal itu bukan topik utama dari tulisan ini).

Jika umat Islam mempercayai ramalan kedatangan nabi Muhammad dalam kitab Taurat & Injil, bagaimana dengan kitab suci umat Hindu? Mungkinkah Nabi Muhammad Saw adalah seorang Nabi yang kedatangannya sudah diramalkan oleh kitab suci umat Hindu? Itulah yang akan kita bahas di sini.

Sebenarnya dalam #Al-Quran terdapat ayat-ayat yang dapat dijadikan acuan bahawa Nabi Muhammad mungkin saja adalah juga seorang Nabi yang ramalan kedatangannya terdapat dalam kitab-kitab suci umat agama lain, diantaranya :

1. Dalam surat Asy-Syuara(26) ayat 196 : Dan sesungguhnya Al-Quran itu benar-benar (tersebut) dalam kitab-kitab orang yang terdahulu. Jadi dalam kitab-kitab sebelum Al-Quran juga terdapat wahyu Tuhan#

2. Dalam surat Fatir(35) ayat 24 dinyatakan bahawa tidak ada suatu kaum di masa lalu tanpa seorang pemberi peringatan#

#3. Dalam surat Al-Ahzab(33) ayat 40 dinyatakan bahawa Muhammad adalah utusan Tuhan dan merupakan penutup para nabi (utusan terakhir)

#4. Dalam surat Al-Anbiya(21) ayat 107 dinyatakan bahawa Nabi Muhammad tidak diutus melainkan untuk seluruh semesta alam.

5. Dalam surat Saba (34) ayat 28 dinyatakan bahawa Tuhan mengutus Muhammad untuk seluruh umat manusia, pemberi kabar gembira, dan peringatan akan dosa, tapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

Juga dalam hadits Bukhari vol 1. dalam kitab Shalat bab 56 hadits no 429, nabi Muhammad bersabda#:

Semua rasul yang diutus sebelumku hanya berlaku untuk umat/bangsanya saja, tapi aku diutus untuk semua umat manusia.

Sekarang akan kita lihat dalam kitab suci agama #Hindu. Ada banyak kitab dalam agama Hindu yang diakui sebagai kitab suci mereka. Dari semuanya yang dianggap paling suci adalah kitab Veda (Weda). Bila diantara kitab-kitab itu ada yang bertentangan, maka yang harus menjadi rujukan utama adalah Weda yang juga masih terbagi lagi menjadi beberapa kitab. Kitab-kitab lain selain Weda adalah : Upanishad, Smriti, Dharma Sastra, #Bhagavat Gita, Puranas, dll.

Ayat-ayat ramalan kedatangan Nabi Muhammad




Disebutkan dalam Bhavisa Purana ; dalam Pratisarag Parv #III, Khand 3, Adhyay 3, Shalokas 10 to 27:

Aryadarma akan tampil di muka bumi ini. Agama kebenaran akan memimpin dunia ini. Saya diutus oleh Isyparmatma. Dan pengikut saya adalah orang yang berada di lingkungan itu, yang kepalanya tidak dikucir, mereka akan memelihara jenggot dan akan mendengarkan wahyu, mereka akan mendengarkan panggilan sholat (adzan), mereka akan memakan apa saja kecuali daging babi, mereka tidak akan disucikan dengan tanaman semak-semak/umbi-umbian tapi mereka akan suci di medan perang. Meraka akan dipanggil Musalaman (perantara kedamaian)#.

Kalau anda baca tulisan diatas dengan baik, maka anda akan melihat #bahawa ciri-ciri dari pengikut agama kebenaran yang disebutkan adalah ciri-ciri yang umum terdapat pada umat Islam.

Dalam Atharvaveda book 20 #Hymn 127 Shlokas 1-14 disebutkan tentang Kuntupsuktas yang mengisyaratkan bahawa nabi Muhammad akan terungkap kemudian.

– Mantra 1 mengatakan #: ia akan disebut Narasangsa. Nars maksudnya orang, sangsa maksudnya yang terpuji. Jadi Narasangsa maksudnya : orang yang terpuji. Kata Muhammad dalam bahasa arab juga maksudnya : orang yang terpuji. Jadi Narasangsa dalam bahasa Sansekerta adalah identik dg Muhammad dalam bahasa arab. Jadi Narasangsa adalah figur yang sama dengan Nabi Muhammad. Ia akan disebut Kaurama yang bisa bermaksud : pangeran kedamaian, dan bisa bermaksud : orang yang pindah (hijrah). Nabi Muhammad adalah seorang pangeran kedamaian yang hijrah dari Makkah ke Madinah. Ia akan dilindungi dari musuh yang akan dikalahkannya yang berjumlah 60.090 orang. Jumlah itu adalah sebanyak penduduk Makkah pada masa Muhammad hidup iaitu sekitar 60.000 orang.

– Mantra 2 mengatakan : ia adalah resi yang naik unta. Ini bermaksud ia bukan seorang bangsawan India, kerana dikatakan dalam Mansuriti(11) : 202 mengatakan bahawa Brahma tidak boleh menaiki unta atau keledai. Jadi tokoh ini jelas bukan dari golongan Brahmana (pendeta tinggi Hindu), tapi seorang asing#.

– Mantra 3 mengatakan : ia adalah Mama Rishi atau resi agung. Ini cocok dengan Nabi agung umat Islam iaitu Nabi Muhammad SAW.

– Mantra 4 mengatakan : ia adalah Washwereda (Rebb) maksudnya orang yang terpuji. Nabi Muhammad yang juga dipanggil dengan nama Ahmad adalah bermaksud juga orang yang terpuji yang terjemahan bahasa Sansekerta-nya adalah Rebb.

Beberapa ramalan lainnya :

– Dalam Atharvaveda book 20 hymn 21 : 6 dinyatakan bahawa di sana disebutkan dengan istilah : akkaru yang maksudnya : yang mendapat pujian. Dia akan mengalahkan 10.000 musuh tanpa pertumpahan darah. Hal ini merujuk pada perang Ahzab yang mana Nabi Muhammad mengalahkan musuh yang berjumlah 10.000 orang tanpa pertumpahan darah.

– Dalam Atharvaveda book 20 hymn 21 : 7 dinyatakan bahawa Abandu akan mengalahkan 20 penguasa. Abandu juga bermaksud seorang yatim atau seorang yang mendapat pujian. Ini mengarah pada nabi Muhammad yang seorang yatim sejak lahir dan maksud kata Muhammad/Ahmad yang bermaksud yang terpuji, yang akan mengalahkan kepala-suku-suku dari suku-suku di sekitar Makkah yang berjumlah sekitar #20 suku.

– Dalam Rigveda book 1 Hymn 53 : 9 nabi dipanggil dg sebutan Suslama yang maksudnya lagi-lagi adalah : orang yang terpuji yang merupakan maksud dari nama Muhammad.

– Dalam Samaveda Agni Mantra 64 dinyatakan bahawa ia tidak disusui oleh ibunya. Hal ini persis dengan Nabi Muhammad yang tidak disusui oleh ibunya tapi oleh seorang wanita bernama Halimah.

– Dalam Samaveda Uttararchika #Mantra 1500 dinyatakan bahawa Ahmad akan dianugrahi undang-undang abadi, yang jelas mengacu pada Nabi Muhammad yang akan dianugrahi kitab suci Al-Quran. Tapi kerana orang India yang berbahasa sansekerta tidak paham kata Ahmad, maka diterjemahkan menjadi a dan mahdi iaitu saya sendiri, jadi dimaksudkan saya sendiri yang menerima undang-undang abadi. Padahal seharusnya Muhammad sendiri yang dianugrahi undang-undang abadi.

Nabi Muhammad diramalkan dengan nama Ahmad pada banyak bahagian dalam kitab-kitab Weda.

Juga diramalkan pada tak kurang dari 16 tempat yang berbeza dalam kitab weda dg nama Narasangsa maksudnya adalah sama dengan maksud dari nama Muhammad, iaitu yang terpuji.



Kalky Autar

Salah satu ramalan kedatangan nabi Muhammad yang sangat terkenal yang juga telah membuat seorang professor bahasa dari Alahabad University India mengajak kepada umat Hindu untuk segera memeluk agama Islam, adalah terdapatnya sebuah ramalan penting dalam kitab suci Hindu tentang kedatangan yang ditunggu-tunggu dari seorang Kalky Avtar (baca : autar). av maksudnya : turun. tr maksudnya melewati. Jadi maksud kata Avtar adalah diturunkan atau diutus untuk turun. Kalky Avtar maksudnya adalah : utusan terakhir.

Pundit Vaid Parkash sang professor (yang menulis buku berjudul Kalky Avtar), secara terbuka dan dengan alasan-alasan ilmiah, mengajak para penganut Hindu untuk segera memeluk agama Islam dan sekaligus mengimani risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW, kerana menurutnya, sebenarnya Nabi Muhammad adalah manusia yang dinanti-nantikan sebagai manusia pembaharu spiritual dalam agama Hindu.

Disebutkan dalam Nashpropesy, Nabi Muhammad diramalkan dengan nama Kalky Avtar (Autar terakhir) dan Amtim Rishi. Sedangkan dalam kitab Puranas disebutkan tentang Kalky Autar dan kedatangannya. Diantara ayat-ayat yang menyebutkan adalah :

– Dalam Baghavata Purana Khand 12 Adhyay 2 Shloka 18-20 disebutkan dalam rumah Visnuyash akan dilahirkan Kalky Avtar yang diramalkan akan menjadi penguasa dunia, yang terkenal dengan sifat-sifatnya yang baik & menonjol. Dia akan diberi tanda-tanda. Dia akan diberi oleh malaikat sebuah kenderaan yang cepat. Dia akan menaiki kuda putih sambil memegang pedang. Dia akan mengalahkan orang-orang jahat dan dia akan terkenal di dunia.

– Dalam Baghavata Purana Khand 1 Adhyay 3 Shloka 25 disebutkan akan ada juru selamat di rumah Visnuyash

– Dalam Kalki Purana (2) : 4 disebutkan bahawa di rumah Visnuyash pemimpin – kampung Sambala akan lahir Kalki Avtar

– Dalam Kalki Purana (2) : 5 disebutkan bahawa dia akan datang bersama para sahabatnya (4 orang sahabat) mengalahkan orang-orang jahat

– Dalam Kalki Purana (2) : 7 disebutkan bahawa dia akan dijaga oleh malaikat di medan perang

– Dalam Kalki Purana (2) : 11 disebutkan bahawa dalam rumah Visnuyash dan dalam rumah Summati Kalki Autar akan lahir

– Dalam Kalki Purana (2) : 15 disebutkan bahawa dia akan lahir pada tanggal 12 bulan pertama Madhop

– Semua ramalan yang disebut diatas tadi tiada lain merujuk pada Nabi Muhammad SAW. Penjelasannya demikian

– Dirumah Visnuyash bermaksud dirumah pengikut Vishnu (pengikut Tuhan) sedangkan ayah dari 
3Nabi Muhammad adalah bernama Abdullah yang maksudnya adalah pengikut Allah (pengikut Tuhan). Orang Islam menyebut Allah sebagai Tuhan, sedang orang Hindu menyebut Vishnu sebagai Tuhan. Jadi di rumah Visnuyash adalah di rumah Abdullah.

– Summati dalam bahasa sansekerta maksudnya adalah orang yang sangat setia. Sedangkan ibunda nabi Muhammad adalah bernama Aminah yang dalam bahasa arab maksudnya juga orang yang setia.

– Sambala bahasa arabnya adalah tempat yang aman & damai. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah yang terkenal dengan nama Darul Aman iaitu tempat yang aman & damai. Akan lahir diantara kepala suku Sambala, maksudnya bahawa Nabi akan lahir diantara kepala suku di Makkah.
Dilahirkan pada tanggal 12 di bulan pertama Madhop. Nabi Muhammad lahir pada tanggal 12 rabiul awal
Sebagai #Amtim Rishi (resi terakhir). Nabi Muhammad adalah juga nabi terakhir dari deretan nabi-nabi yang dikirim Tuhan seperti yang terdapat pada QS. Al- Ahzab : 40.

– Dia akan memperoleh bimbingan di atas gunung dan akan kembali lagi ke arah utara. Nabi Muhammad memperoleh wahyu pertamanya di gua Hira di Jabal Nur. Jabal Nur maksudnya Gunung Cahaya lalu kembali lagi ke Makkah.

– Dia akan memiliki sifat-sifat yang sangat mulia. Persis seperti nabi Muhammad seperti terdapat pada QS. Al-Qalam : 14 Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang luhur.

– Kalki Autar akan diberi 8 kemampuan spiritual, iaitu : bijaksana, punya kendali diri, keturunan yang terhormat, punya pengetahuan wahyu, pemberani, perkataannya bertarget kurikulum, sangat dermawan, dan sangat ramah. Semuanya adalah sifat-sifat yang dimiliki oleh nabi Muhammad

– #Dia akan diberi kendaraan yang sangat cepat oleh Shiva. Nabi Muhammad juga diberi bouraq yang sangat cepat oleh Allah yang membawanya ke langit dalam peristiwa Miraj.

– Dia akan naik kuda putih dengan tangan kanannya memegang pedang. Nabi Muhammad juga ambil bahagian dalam peperangan termasuk dengan menunggang kuda dan bertempur dengan memegang pedang dengan tangan kanannya.

– Dia akan menjadi penyelamat umat manusia. Dalam QS. Faatir(35) ayat 24 dan QS. Saba(34) ayat 28 disebutkan bahawa Nabi Muhammad adalah pembawa berita gembira & peringatan bagi seluruh umat manusia, tapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
Dia akan menjadi pembimbing ke jalan yang benar. Nabi Muhammad hidup pada jaman jahiliyah yang penuh kegelapan dimana ia membawa umatnya ke jalan yang terang benderang.

– Dia akan dibantu oleh 4 sahabat dalam menyebarkan misi. Kita tahu ada 4 orang khalifah sahabat nabi iaitu : Sayyidina Abubakar, Umar bin Khattab, Utsman bin Affan, dan Ali bin Abi Thalib.

– Dia akan ditolong oleh malaikat di medan pertempuran. Dalam perang Badr Nabi Muhammad dibantu oleh para malaikat Allah seperti tersebut dalam QS. Ali Imran (3) ayat 123 & 125 : Jika kamu bersabar dan bertaqwa dan mereka menyerang kamu dengan seketika itu juga niscaya Allah menolong kamu dengan 5000 malaikat yang memakai tanda. Juga QS. Al-Anfal(8) ayat 9 yang berbunyi . sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut.

Masya Allah..

Ternyata sekian banyak ayat tersebut (yang sebenarnya belum semuanya ditampilkan) yang meramalkan akan datangnya seorang nabi yang ditunggu-tunggu oleh umat Hindu, begitu selari dengan gambaran Nabi Muhammad, umat Islam, dan sejarahnya. #Mungkin saja ini juga merupakan pembuktian yang diberikan Allah bahawa #Nabi Muhammad memang diutus Allah untuk seluruh umat manusia.

Hal ini juga dapat membuka perbincangan yang menarik tentang agama Hindu, kitab suci umat Hindu, dan syariat-nya. Benarkah agama Hindu memang merupakan agama yang diturunkan oleh Allah jauh sebelum Nabi Muhammad lahir? Kalau ya, apakah bermaksud umat Hindu bisa disebut muslim, atau juga bisa disebut ahli kitab#? Bagaimana sesungguhnya ajaran agama Hindu itu, dan sesuaikah dengan ajaran Islam? Apa pendapat anda?

#Sumber asal: blogmazeer
Share on Google Plus

About mfnatural

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment