[VIDEO] Airmata Lelaki Ini Akhirnya Jatuh Setelah Bantu Keluarga Tinggal Di Jambatan Kerana...
Andai ditanya kepada sesiapa sekalipun kami percaya tiada yang mahu hidup dalam serba kekurangan. Apatah lagi tiada tempat tinggal dan hanya berteduh di bawah jambatan yang dianggap sebagai ‘rumah’.
Sukar untuk dipercayai namun itulah hakikat kehidupan di ibu kota pada hari ini. Ada yang tidur di kaki lima, di stesen bas dan di tepi jalan#.
Simpati dengan nasib keluarga #Ruslie dan dua orang anaknya, lelaki ini, Izmir Mujab membantu dan menawarkan pertolongan sehingga susah untuk diterima oleh Ruslie. #Saksikan.
Ruslie sebenarnya berasal dari Sabah. Dengan pendapatan lebih kurang RM15 sehari hasil jualan barang kitar semula, dia tidak mampu memiliki bahkan menyewa rumah.
Tahun lalu dia bekerja sebagai pemandu lori namun dibuang kerja kerana tinggal di dalam lori bersama anak-anaknya. #Kini, sudah 6 bulan dia tiada tempat berteduh dan hanya tinggal di bawah jambatan.
#Perkara yang paling menyedihkan dirinya tinggal di bawah jambatan ialah tidak dapat menghantar anak-anak ke sekolah.
kredit to #OhBulan
0 comments:
Post a Comment